Mak LONG IIPOH


Masih bercerita pasal mami. Sebelum adanya aruah mak aku, paklong, mak ngah dan adik-beradik, mami ada membela 2 orang anak angkat berbangsa cina yang aku panggil mak som dan mak long.
Mak som dah meninggal tapi mak long masih ada dan sangat tidak sihat di ipoh sana tu. Memang aku nak sangat melawat dia di rumah makcu tu tapi aku tidak ada kekuatan langsung hendak ke sana. Selain arwah mami mak long juga banyak sangat membela aku, jaga makan pakai aku. Semua dia jaga,  agak pendiam tapi suka ketawa. Dialah juga tempat aku meluahkan rasa, tempat mengadu kalau ada apa apa yg jadi pada aku.
Mak long ni lagi kesian, dia kahwin agak lambat sebab nak jaga adik adik dia. Mungkin dia rasa diri dia anak angkat. Dia banyak berkorban untuk adik adik dia termasuklah aruah mak aku.
Saat paling bahgia dalam hidup dia bila dia dikahwinkan dengan seorang pemuda bernama mat gah...tapi tak sampai setahun suami dia meninggal disebabkan sakit. Dia balik semula tinggal dengan mami dan terus jaga aku. Kasihan mak long zaharah...

Aku berdoa semuga Allah kuatkan hati aku untuk melawat die..
Aku ada sebab-sebab tersendiri kenapa aku tak bole melawat dia..
Baru baru ni pada 13hb july 2019
Rumah mak cu terbakar di ipoh dan ketika tu mak long terlantar di dalam bilik sebab dia memang dah tak bole bangun,
Alhamdulilah dia dapat diselamatkan dari asap yang berkepul kepul tu..(cerita dr adik tiri aku)
Maka sehari suntuk tu la aku murung.

Dan tak ada siapa pun yang tahu betapa sedihnya pada saat ini..
Aku harungkan  rasa itu dengan ketawa aku....kerana aku yakin siapa pon tak akan peduli...

Comments

  1. sedihnyee .. moga ada kekuatan untuk melawat maklong abg tu .. Aamiin ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RamBUT KETAK

TerGADAI TANAH

Bakar JAMBAN