Mak LONG IIPOH
Masih bercerita pasal mami. Sebelum adanya aruah mak aku, paklong, mak ngah dan adik-beradik, mami ada membela 2 orang anak angkat berbangsa cina yang aku panggil mak som dan mak long.
Saat paling bahgia dalam hidup dia bila dia dikahwinkan dengan seorang pemuda bernama mat gah...tapi tak sampai setahun suami dia meninggal disebabkan sakit. Dia balik semula tinggal dengan mami dan terus jaga aku. Kasihan mak long zaharah...
Aku berdoa semuga Allah kuatkan hati aku untuk melawat die..
Aku ada sebab-sebab tersendiri kenapa aku tak bole melawat dia..
Baru baru ni pada 13hb july 2019
Rumah mak cu terbakar di ipoh dan ketika tu mak long terlantar di dalam bilik sebab dia memang dah tak bole bangun,
Alhamdulilah dia dapat diselamatkan dari asap yang berkepul kepul tu..(cerita dr adik tiri aku)
Maka sehari suntuk tu la aku murung.
Dan tak ada siapa pun yang tahu betapa sedihnya pada saat ini..
Aku harungkan rasa itu dengan ketawa aku....kerana aku yakin siapa pon tak akan peduli...

sedihnyee .. moga ada kekuatan untuk melawat maklong abg tu .. Aamiin ..
ReplyDelete