- Get link
- X
- Other Apps
Posts
Showing posts from July, 2019
Mak LONG IIPOH
- Get link
- X
- Other Apps
Masih bercerita pasal mami. Sebelum adanya aruah mak aku, paklong, mak ngah dan adik-beradik, mami ada membela 2 orang anak angkat berbangsa cina yang aku panggil mak som dan mak long. Mak som dah meninggal tapi mak long masih ada dan sangat tidak sihat di ipoh sana tu. Memang aku nak sangat melawat dia di rumah makcu tu tapi aku tidak ada kekuatan langsung hendak ke sana. Selain arwah mami mak long juga banyak sangat membela aku, jaga makan pakai aku. Semua dia jaga, agak pendiam tapi suka ketawa. Dialah juga tempat aku meluahkan rasa, tempat mengadu kalau ada apa apa yg jadi pada aku. Mak long ni lagi kesian, dia kahwin agak lambat sebab nak jaga adik adik dia. Mungkin dia rasa diri dia anak angkat. Dia banyak berkorban untuk adik adik dia termasuklah aruah mak aku. Saat paling bahgia dalam hidup dia bila dia dikahwinkan dengan seorang pemuda bernama mat gah...tapi tak sampai setahun suami dia meninggal disebabkan sakit. Dia balik semula tinggal dengan mami dan teru...
RamBUT KETAK
- Get link
- X
- Other Apps
Nama mami aku tu Fatimah bte Salim, anak tunggal. Mami yang sepatutnya aku panggil umi, tapi disebabkan masa kecik aku ni pelat teruk.. (kata org la) tu yang dari umi terus jadi mami. Mami berasal dari Acheh. Sebab tu kalau org tengok muka aku macam bangla sikit, sebab mami orgnya macam pakistan, rambut kerinting-kerinting macam Farah Ahmad menantu Fauziah Nawi tu hahahhha ( termasuk plak nama ko dalam cerita aku). Aku tak kenal langsung siapa datuk aku. Dia meninggal masa Jepun datang ke Malaya. Mami ada lima orang anak, dua lelaki dan tiga perempuan. Pertama Nordin, yang kedua aku mmg tak ingat namanya, ketiga maimon, yang keempat Kamariah Othman (mak aku la tu) dan yang terakhir Noriah dan makcu noriah je la yang satu-satunya yang wujud dalam dunia ni. Sekarang aku tak pasti die di mana...samada ipoh atau penang. Korang bole bayangkan macamana hubungan aku dgn keluarga ini...nama pon aku x tau... Tapi dalam ramai-ramai mak cik, mak saudara aku Maimon atau aku panggil m...
TerGADAI TANAH
- Get link
- X
- Other Apps
Itulah kisah aku yang bakar jamban dengan tidak sengaja. Nakal seorang kanak-kanak. Mami tak marah aku bakar jamban. Dia masak dengan perangai aku. Aku nampak dia ikhlas sebab lepas tu dia usap kepala aku. Kata mami “sian ko..dah lah anak yatim..lain kali jangan buat lagi. Masa tu aku tak rasa apa. Tak rasa sedih ..tapi aku menangis bila aku terkenang peristiwa ini Selepas 20 tahun Mami ni misteri! Dia ada satu perangai, kalau saya kuar umah dia akan ketuk kasut, beg-beg saya semua dia akan check. Dia jadi macam tu sebab tanah dia kat segamat 3 ekar kena jual ngan sepupu dia dengan harga RM 2000 jer. Sebab tu dia jadi murung, Dalam masa yang sama mak ngah kawin lari, campak ic keluar tingkap...sebab nak kawen ngan pak we die. Selepas kes itu..mami tak pernah percaya sesiapa pon...
Bakar JAMBAN
- Get link
- X
- Other Apps
Itulah fikiran mereka tapi aku tak rasa apa. Aku cuma rasa bila dieorg ada, aku rasa bersalah. Aku rasa berdosa, rasa tersisih. Macam-macam aku rasa tapi mami selalu bagi kekuatan, lantoknya dema,..kamu pikir nape? kata mami. Terus aku rasa ada org protect aku. Mami ni walaupon dia seorang yang sangat menjaga kekemasan rumah, kebersihan rumah..semua benda nak bersih. Ada je kain basahan yang dia pegang..nampak je basah sikit ker..habuk ker..terus lap. Aku pun selalu bebel kan mami...bagi aku ni lah masa nya aku balas dendam sebab kadang aku rimas...semua nak bersih, semua nak kemas. Jadi kelemahan mami ada lah die suka sangat letak songel die merata rata ..kat tingkap laa..kat tepi tangga laaa,kat tepi almari laa. Bila aku bebel..die lagi bebel..ntah apa die mengomel aku tak tau ..tapi aku rasa aku cuma nak berkomunikasi jer...aku sunyi..aku tak bole keluar rumah..die bebel..nanti dia cakap...ko nak jadi mcm aruah asrul sani..mati kena langgar lori ...kadang-kadang kelakar juga.....
Mami VOUGE
- Get link
- X
- Other Apps
Cerita pasal mami, dia ni sangat suka melawa. Dari baju, kain batik, semua kena matching. Selalunya mami akan pakai baju plain warna putih. Kain batik dia tak pernah lusuh. Dia jaga sangat-sangat, siap buat tepong kanji letak kat kain tu supaya rata. Lepas tu dia akan buat sanggul yg ada jaring, siap letak bunga kenanga dua tiga kuntum. Sebelum berbedak, mami akan cat rambut dia yang putih beruban tu. Aku tak pernah tanya kenapa dia buat macam tu sebab aku dah selalu sangat nampak dia ambil masa sekurang-kurangnya satu jam bersiap dan kalau dia tido kat segamat, baju-baju dia tu dah dimasukkan dalam beg tiga hari sebelum dia pergi. Aku dah menjangkit dah perangai dia. Perangai dia sangat-sangat mempengaruhi aku. Kalau aku nak pergi sekolah, dia akan kejut aku pukul 4.30 pagi, suruh siap awal-awal. Mungkin sebab perigi tu agak jauh dari umah aku. Benda-benda ni lah yang selalu buat aku dengan mami bergaduh. Aku marah kenapa kejut awal sangat,.kan nak pergi sekolah lambat lagi. Dia ...
Perfectionist seorang MAMI
- Get link
- X
- Other Apps
Masa zaman aku kanak2..tak adalah seindah mana..x mcm kanak-kanak lain. Aku hanya tinggal dengan nenek yang aku panggil mami. Mami aku ni tidaklah garang sangat, membebel jer lebih. Dia sangat-sangat perfectionist. Semua benda nak nampak kemas. Tuala mandi aku tu kalau sidai, senget jer sikit dia punya bebel sampai seminggu. Aku dah jadi macam dia dah sekarang 😂😂. Walau pun aku dengan mami jer, dialah kawan gaduh aku. Aku sampai tak larat nak dgr dia membebel. Aku ada tugas...setiap pagi aku kena kemas semua katil tilam termasuklah tilam aku. Lepas tu aku diwajibkan sapu keliling rumah, angkat air kat perigi dan penuhkan semua tong-tong yang ada kat atas pelantar. Bilik air ada tapi mami suka sangat dengan pelantar tu...sapu rumah dan last sekali masak nasi.Maka hitamlah hidung aku setiap pagi sebab nak nyalakan unggun api nak masak nasi. Selesai semua baru aku mandi. Benda ni rutin sehingga bertahun tahun aku mengadap benda yang sama. Apalah pilihan yang aku ...