Mami VOUGE

Cerita pasal mami, dia ni sangat suka melawa. Dari baju, kain batik, semua kena matching. Selalunya mami akan pakai baju plain warna putih. Kain batik dia tak pernah lusuh. Dia jaga sangat-sangat, siap buat tepong kanji letak kat kain tu supaya rata. Lepas tu dia akan buat sanggul yg ada jaring, siap letak bunga kenanga dua tiga kuntum. Sebelum berbedak, mami akan cat rambut dia yang putih beruban tu. Aku tak pernah tanya kenapa dia buat macam tu sebab aku dah selalu sangat nampak dia ambil masa sekurang-kurangnya satu jam bersiap dan kalau dia tido kat segamat, baju-baju dia tu dah dimasukkan dalam beg tiga hari sebelum dia pergi. Aku dah menjangkit dah perangai dia.

Perangai dia sangat-sangat mempengaruhi aku. Kalau aku nak pergi sekolah, dia akan kejut aku pukul 4.30 pagi, suruh siap awal-awal. Mungkin sebab perigi tu agak jauh dari umah aku. Benda-benda ni lah yang selalu buat aku dengan mami bergaduh. Aku marah kenapa kejut awal sangat,.kan nak pergi sekolah lambat lagi. Dia dah bersila depan dapor buatkan aku sarapan. Seperti biasa dia 
akan membebel sampai terbit matahari

Hanya kerana soalan itu..
Tapi apa jua yang mami buat aku tak rasa marah pun. Aku sayang dia sangat-sangat. Dah tentu-tentulah dia saja yang ada ..ada bersama aku. Paling aku tak boleh lupa bila aku cakap pasal sekolah,
sebab mami tak boleh baca. Bila aku ajak berbincang pasal sekolah, terus dia bawa aku pergi rumah pak long sebab dia tak tau hehhehe. Aku tak nak sebab anak-anak Pak Long semua pandai-pandai. Dalam family aku ada culture yang sebegitu. Siapa kaya siapa pandai, dia ada tempat di hati makcik-mak cik dan pakcik-pak cik aku. Aku yang lahir pada tahun 1969 dianggap membunuh bapa aku sebab bila aku lahir, bapa aku meninggal. Aku pun tak pernah tengok mcmana rupa aruah bapa aku tu. Mak tersisihlah aku hanya kerana itu. Tapi masa zaman itu mereka percaya sangat benda-benda ni.


Kaki berkisah bersambung......

Comments

Popular posts from this blog

RamBUT KETAK

TerGADAI TANAH

Bakar JAMBAN